Sunday, 23 September 2012

Intro



Blog ini tercipta setelah mendapat ilham hasil daripada kreativiti diri saya.Walaupun saya bukan seorang yang pandai menulis tetapi dengan adanya usaha dan semangat untuk menghasilkan blog membuatkan blog ini menjadi kenyataan.Blog ni sebenarnya untuk course Personal Development and Ethics (MGT538) So kena lah rajin update pasai Madam Azfa suruh.Dia cengeii oo tapi best weh dia mengajar.haha.Hasil garapan ini adalah hak milik cipta terpelihara.haha

Dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar.Saya dibesarkan di kampung Padang Perahu dan mendapat pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Padang Perahu dan seterusnya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra iaitu sekolah cluster di
daerah Kubang Pasu.Namum disebabkan keputusan SPM yang kurang memuaskan maka saya menyambung pelajaran di sekolah yang sama buat seketika waktu iaitu di tingkatan enam.Alhamdullilah mungkin rezeki untuk melanjutkan pelajaran di menara gading saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di Uitm Shah Alam dalam kos Diploma Pengurusan Bank .Hanya dua semester sahaja saya belajaq di Kolej Alamanda Jln Klang Lama Kuala Lumpur, sebelum saya ditukarkan ke Uitm Jengka Pahang.Kalau aku dok kolej alamanda lagi ak perasan ak kena dismiss dh.nasib baik la kena tukar pi Jengka.haha

Saya mempunyai tiga orang adik beradik iaitu saya serta seorang kakak dan seorang adik perempuan .Saya merupakan anak kedua di dalam keluarga.Kakak saya merupakan bekas graduan UiTM dan dia sudah menamatkan pelajaran dan telah pun bekerja di Puchong sebagai Admin Executive manakala adik saya masih belajar di UiTM Shah Alam dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari.Ayah saya bekerja sebagai pesawah manakala emak saya suri rumah sepenuh masa.Sebagai seorang anak niat yang murni ingin membalas jasa ibu bapa saya yang telah membesarkan dan memberi pelajaran dan didikan agama yang tidak terbalas.Semoga harapan ini dapat dilaksanakan di masa hadapan.Mungkin dengan berkat doa mereka saya dapat menjadi manusia yang berguna.insyaallah.

Seterusnya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang hobi saya di waktu lapang.Selalunya waktu lapang dihabiskan dengan aktiviti futsal bersama kawan-kawan.Melepak dengan member menjadi satu kewajipan untuk berborak kosong dan menonton siaran langsung bola sepak.Saya juga terpengaruh dengan hobi baru iaitu mengai atau pun memancing ikan setelah terikut dengan kawan-kawan yang selalu mengai ikan di sungai ataupun kolam ikan.Memancing ikan memerlukan daya ketahanan yang tinggi dan tahap kesabaran yang banyak kerana kita perlu menunggu terlalu lama dan kadang-kadang langsung tiada hasil tetapi bagi mereka yang meminati mungkin tidak menjadi masalah.Ini dapat memupuk sifat kesabaran yang jitu dalam diri saya.So hampa semua mesti mencuba hobi ini.hahaha
Nie antara ikan yang berjaya aku tewaskan.haha.

 

Bercakap mengenai personaliti diri apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah saya seorang yang lambat menyesuaikan diri dengan orang yang saya tidak kenali .Bila dah masuk kepala ha menjadi-jadi la nanti.haha.Aku paling tidak suka bercakap di depan orang ramai kerana aku kekurangan confident dan cepat gementar.Taktau pasai apa sebab aku tak minat la kot..haha.Orang kata kita kalau nak berjaya mesti belajaq daripada kesilapan bukan.Saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih berani di masa hadapan.Practice make perfect.Saya suka berpegang kepada peribahasa iaitu kita mesti bermula dari bawah untuk berjaya.Sekian sampai di sini sahaja  coretan serba ringkas.Diharap semua sabar ya untuk entry berikutnya.hahaha.Good Bye.Stay tune :D
My Heart.During her degree convocation. 





No comments:

Post a Comment